Kursi penyelidikan etnik Bajau bakal ditubuhkan di UMS dan UHO, Sulawesi

SEPANGGAR:   Kurs i penyelidikan etnik Bajau bakal ditubuhkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu dan Universitas Halu Ole Ken...

SEPANGGAR: Kursi penyelidikan etnik Bajau bakal ditubuhkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu dan Universitas Halu Ole Kendari (UHO) di Kota Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia, lapor arahjaya.com.

Dialog Persaudaraan Bajau Internasional (Susurang Padanakanang Sama), yang berlangsung di Hotel Edotel, Jakarta, semalam.- Gambar Ihsan Twitter Musniumar



Penubuhan kursi berkenaan di UMS disuarakan Naib Canselor universiti itu, Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur, ketika menjadi pembicara
dalam Dialog Persaudaraan Bajau Internasional (Antarabangsa) yang berlangsung di Hotel Edotel, Jakarta, semalam.

Dialog yang turut dikenali Susurang Padanakanang Samaatau ‘Susur Galur Persaudaraan Sama’ adalah inisiatif Persatuan Orang Sama Bajau Indonesia (POSBI) yang mengundang khas persatuan-persatuan Bajau Sama di Malaysia, khususnya dari negeri Sabah.

Dr Kasim yang mewakili Malaysia adalah komuniti Bajau Sama di Sabah yang berkepakaran dalam bidang ekonomi  pernah menjadi Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS.

Katanya, kursi berkenaan menggalakkan penyelidikan berkaitan masyarakat Bajau yang dianggarkan berjumlah 20 juta orang di Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan negara lain.

DR Kasim ketika menjadi pembicara Dialog Persaudaraan Bajau Internasional (Susurang Padanakanang Sama), yang berlangsung di Hotel Edotel, Jakarta, semalam.- Gambar Ihsan Dr Jakaria Dasan

Beliau turut menyampaikan hasil kajian bertajuk “Kelestarian Sosio-Ekonomi Bajau Sama di Sabah, Cabaran dan Peluang'.

DR Kasim ketika menjadi pembicara Dialog Persaudaraan Bajau Internasional (Susurang Padanakanang Sama), yang berlangsung di Hotel Edotel, Jakarta, semalam.- Gambar Ihsan BSBB 

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Bahasa dan Budaya Bajau Sama Sabah (BSBB), Chendramata Sinteh dalam pembentangannya, memaklumkan mengenai Kamus Asas Bajau Sama yang diusahakan persatuan itu, sama ada secara bercetak mahupun Wikipedia.

Katanya, persatuan itu pada peringkat membina Wikipedia Bahasa Bajau Sama Pantai Barat Sejak 2019 dengan kerjasama Wikipedia Malaysia.

“Sekarang dalam peringkat incubator dan dirancang akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini di Kota Kinabalu,” katanya.

Dalam pada itu, Marsekal Madya Purn Sutomo yang juga pengasas POSBI ketika menjadi pembicara mengusulkan supaya Universitas Halu Oleo Kendari mendirikan Kursi Bajau.

Tidak disebutkan alasannya mengapa UHO diusulkan untuk dijadikan sebagai lokasi kursi berkenaan namun ia dikaitkan dengan Ketua Umum POSBI Erni S. Pd. M. Hum yang lebih dikenali Erni Bajau adalah  alumni Universitas Halu Oleo Kendari.

 

Dialog Persaudaraan Bajau Internasional (Susurang Padanakanang Sama) yang berlangsung di Jakarta kukuhkan hubungan Rumpun Bajau Serantau.  


Kedua, Universitas Halu Oleo Kendari mampu menjadi rakan kolaborasi  UMS berikutan kewujudan Kursi Bajau di kedua-dua universiti.

Ketiga, komuniti Bajau di Sulawesi Tenggara masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang dan boleh menjadi projek rintis dalam pengupayaan  masyarakat Bajau.

Sesi Dialog yang berlangsung sehari ini turut diserikan dengan Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Rumpun Bajau Sama Sabah (RBSS) dan Pertubuhan Kebudayaan Kesenian Bajau Semporna (PEKAS) yang diadakan pada malam 24 Januari lalu.

Turut mengambil bahagian dalam Dialog itu ialah persatuan Orang Sama dari serata negara Republik Indonesia.



Selain RBSS dan PEKAS, Dialog itu turut dijayakan oleh Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu, Persatuan Bahasa dan Budaya Bajau Sama Sabah (BSBB), Persatuan Sama Sabah (PSS), dan Yayasan PROSPEK.

Dalam pada itu, Erni Bajau, menjelaskan dialog yang diadakan itu adalah untuk menemukan komuniti Orang Sama yang terdapat di Indonesia dan Bajau Sama di Malaysia bagi bertukar-tukar pandangan mengenai strategi yang boleh meningkatkan pembangunan komuniti Orang Sama atau Bajau Sama yang terdapat di kedua buah negara berjiran ini.

Related

Terkini 1581722719004682113

Catat Ulasan

emo-but-icon

item