Kisah Bajau dalam Hikayat Hang Tuah
BAJAU dan kuda sebenarnya sudah tercatat dalam buku epik Hikayat Hang Tuah. Tidak percaya tanya Puteri Raden Galuh Emas Ayu. Perkaitan Baj...
BAJAU dan kuda sebenarnya sudah tercatat dalam buku epik Hikayat Hang Tuah. Tidak percaya tanya Puteri Raden Galuh Emas Ayu. Perkaitan Bajau dengan kesultanan Johor juga tercatat dalam buku ini.
Bukan sembarangan kuda ditunggang tapi kuda tezi.
Ikuti cerita ini dalam Bab 12 mengisahkan Laksamana Hang Tuah sangat dikasihi oleh Raja Melaka sehingga kata-kata dialah dianggap sebagai “kata-kata raja”.
Puteri Raden Galuh Emas Ayu hamil tujuh bulan dan terlalu idamkan Nyiur Gading yang tumbuh tinggi melangit dan di tengah-tengah pohon tersebut sudah reput dimakan anai.
Raja Melaka menitahkan pembesar-pembesar istana untuk memanjat pohon nyiur gading itu namun tidak disanggupi oleh mereka kerana mereka yakin bahawa pohon nyiur itu akan patah jika dipanjat.
Maka, tiada sesiapa pun yang berani memanjat pokok Niyur Gading itu kecuali Laksamana Hang Tuah. Setiba di atas, Laksamana Hang Tuah memarang setandan kelapa gading.
Sepeti yang diramal, pohon itu patah di tengah lalu tumbang ke tanah. Sejurus sebelum memecah ke tanah, Laksamana Hang Tuah melompat lalu berdiri terpacak di tanah, sebelah tangan memegang parang manakala sebelah lagi memegang tandan nyiur.
Semua yang melihat berasa hairan dan, kagum dan tidak percaya. Kejayaan ini menambatkan lagi perasaan kepercayaan Raja Melaka terhadap Laksamana Hang Tuah.
Puteri Raden Galuh Emas Ayu selamat melahirkan seorang putera yang dinamakan Raden Bahar. Berita kelahiran ini disampaikan kepada ayahanda Betara Majapahit. Lalu Betara Majapahit telah menghadiakan kuda tezi kepada cucuanda baginda itu.
Kuda tezi itu sangat liar dan garang. Semua pembesar tidak berani menunggang kuda itu.
Hanya Laksamana Hang Tuah yang dapat menjinakkan kuda itu.
Ini menyebabakan hubungan antara Laksamana Hang Tuah dengan Raden Bahar adalah sangat rapat apabila laksamana telah menunjukkan kehandalannnya menaiki kuda tersebut di hadapan Raja Melaka dan Raden Bahar.
Kemudian, Raden Galuh Emas Ayu melahirkan putera yang kedua iaitu Raden Bajau.
Pada suatu hari kuda tezi terjatuh ke lubang najis dan beberapa pembesar istana cuba menaikkan kuda ajaib itu tetapi tidak berjaya.
Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada raja menunaikan tanggungjawabnya menaikkan kuda berkenaan untuk menggembirakan anak raja.
Pada peristiwa ini, Laksamana Hang Tuah telah memperlihatkan kesetiaanya terhadap Raja Melaka apabila Laksamana sanggup memasuki telaga najis untuk menyelamatkan Kuda Tezi iaitu kuda kesayangan kedua-dua putera baginda.
Kejayaan ini telah menambahkan lagi kasih baginda terhadap Laksamana tetapi menimbulkan perasaan dengki di kalangan pembesar-pembesar istana negeri.