Kuda tertanggal pakaian, Kota Belud hilang tarikan

  Replika kuda mercu tanda Pekan Kota Belud yang tidak menepati budaya perarakan penunggang kuda berhias Bajau Sama atau  Nampang Rojo yang...

 

Replika kuda mercu tanda Pekan Kota Belud yang tidak menepati budaya perarakan penunggang kuda berhias Bajau Sama atau Nampang Rojo yang sinonim dengan daerah di utara Sabah itu. - Gambar Sabah Taim

KOTA BELUD yang terkenal dengan perarakan kuda berhias Bajau, sepatutnya diterjemah pada landskap kuda yang menjadi mercu tanda pekan terletak di utara Negeri di Bawah Bayu itu.

Agak malang walaupun ada mural sempangan, iaitu tenunan untuk menghiasi rumah atau pelamin ketika majlis keramaian atau perkahwinan menghiasi tapak arca, namun replika kuda dibiarkan telanjang.

Daerah yang diberi jolokan Koboi Timur itu amat sinonim dengan perarakan kuda berhias Bajau atau Nampang Rojo dalam masyarakat Bajau Sama dengan penunggang kuda bukan saja memakai busana unik warisan etnik itu, malah kuda turut mempunyai pakaian yang mempesonakan dan ada seriau (loceng) di leher.

 

Penunggang kuda berhias Bajau terkenal dengan budaya `Nampang Rojo’ iaitu menyambut keberangkatan Raja atau pembesar negeri. - Gambar Ihsan Portal Vacazzee

Pakaian kuda atau dikenali kuda berhias adalah gabungan sempangan dan lemba’ warisan masyarakat Bajau Sama.

 

 


 

 

 

Related

Unik 1183053974157120919

Catat Ulasan

emo-but-icon

item