Seni bina Masjid Pekan Kota Belud mirip Masjid Ubudiah

MASJID Pekan Kota Belud yang dirakam dari atas Bukit Perintah, Kota Belud.- Gambar Sabah Taim  JIKA  m asjid Ubudiah di Bukit Chandan  menja...

MASJID Pekan Kota Belud yang dirakam dari atas Bukit Perintah, Kota Belud.- Gambar Sabah Taim 


JIKA masjid Ubudiah di Bukit Chandan menjadi ikon Kuala Kangsar, Masjid Pekan Kota Belud yang terletak di Bukit Perintah pula menjadi mercu tanda Kota Belud.

Uniknya kedua-dua masjid itu mempunyai reka bentuk sama yang diinspirasikan daripada seni bina Mughal, Islamic architecture.

Masjid Pekan Kota Belud yang terletak di lereng Bukit Perintah dibuka secara rasmi pada 1977  ketika solat Aidiladha 1398H, kira-kira 48 tahun lalu.

Berkeluasan 0.205 hektar, ruang utama solat mampu memuatkan 500 jemaah pada satu-satu masa.

Reka bentuk masjid itu diinspirasikan daripada seni bina Mughal, Indo-Islamic atau Islamic architecture, Indo-Saracenic yang menggabungkan unsur negara India dan Turki

Reka bentuk ini sangat terkenal pada abad ke-16 hingga ke-18 termasuk reka bentuk Masjid Ubudiah yang mula dibangunkan pada 1913 dan siap sepenuhnya 1917 pada era pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.

Masjid ikon daerah di utara Negeri di Bawah Bayu itu dibina dengan kos RM1 juta mencakupi sumbangan masyarakat setempat bagi menggantikan masjid usang di tapak yang sama

WAKIL Ketua Anak Negeri (WKAN), Kuim Harun (kiri)  berswafoto bersama usahawan tempatan, Datuk Awadnir Matanggal (kanan) dan penulis (tengah) di Masjid Pekan Kota Belud sekitar April 2021.


FAKTA

"Setiap kali singgah di pekan Kota Belud, saya selalu teringat lebah yang sering bersarang di menara masjid. Masjid kebanggaan masyarakat di daerah kami antaranya kerana orang ramai ikut menyumbang dana lebih RM1 juta sehingga masjid itu siap pada 1977 dan mula digunakan ketika solat Aidiladha 1398H pada tahun sama.

MASJID Pekan Kota Belud yang dirakam dari Pekan Kota Belud.- Gambar Ihsan Facebook Abd Naddin Shaiddin.

 



Khabarnya sudah ada perancangan membina masjid baru. Ya, seribu masjid tetap satu jumlahnya, kata Cak Nun (Muhammad Ainun Nadjib, seorang penyair dan tokoh intelektual di Indonesia.". - Wartawan, Abd Naddin Shaiddin.

"MASJID yang menjadi ‘saksi’ perkembangan syiar Islam di Kota Belud kini menghampiri usia Jubli Emas atau setengah abad,".- Setiausaha Masjid Pekan Kota Belud, Cikgu Jumat Sakmat.

Related

Terkini 7762884262223796518

Catat Ulasan

emo-but-icon

item