Naik taraf prasarana sempadan bawa kesan positif kepada Sabah, Sarawak

KUNAK:   Peruntukan RM1 bilion bagi menaik taraf prasarana sempadan di Sabah dan Sarawak yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ib...

KUNAK: Peruntukan RM1 bilion bagi menaik taraf prasarana sempadan di Sabah dan Sarawak yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini, dilihat sebagai langkah awal yang memberi kesan positif terhadap perkembangan ekonomi serta sosial kedua-dua negeri.

 

Norazlinah Arif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif, berkata  ia juga membuktikan kesungguhan Kerajaan Perpaduan memastikan rakyat kedua-dua negeri mendapat akses setara dari segi dana dan pertumbuhan infrastruktur khususnya di sempadan Malaysia dan Indonesia.

Katanya, pembangunan pusat pentadbiran baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan yang dilaporkan membabitkan kos RM135 billion, selain merancakkan ekonomi di pinggir sempadan Sabah dan Sarawak, ia turut diancam pelbagai risiko ekonomi serta sosial.

Beliau berkata, penyeludupan, pemerdagagan manusia serta pelbagai lagi ancaman yang turut hadir bersama kepesatan pembangunan ekonomi yang dikhuatiri memberikan kesan negatif terhadap masyarakat setempat.

"Justeru, infrastruktur persempadanan yang efisien dan berkesan hasil daripada peruntukan RM1 billion dapat menyumbang pengawalan risiko berkenaan.

"Pada masa sama, usaha itu dapat memperkukuhkan lagi keselamatan rakyat kita di kawasan sepanjang sempadan Malaysia dan Kalimantan yang bakal menjadi ibu kota baharu Indonesia," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Anwar mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 bilion diluluskan bagi membangunkan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan susulan pembangunan ibu kota negara Indonesia, Nusantara.

Peruntukan itu bagi membina Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) serta jalan raya di kawasan berdekatan sempadan.

Norazlinah yang juga Ketua Wanita Parti Warisan (Warisan) berkata, wakil rakyat parti itu di Pantai Timur Sabah tidak mahu wujud jurang pembangunan infrastruktur daerah di sempadan negara kita dengan Nusantara.

Katanya, isu itu disuarakan sendiri rakyat tempatan di kawasan berkenaan kepada mereka dan pimpinan parti melihatnya sebagai isu penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Bagaimanapun, kami percaya Kerajaan Perpaduan cakna dengan isu ini dan ia sebahagian daripada dasar ‘Malaysia Madani’ yang diilhamkan Perdana Menteri,” katanya.

Related

Terkini 8921739085763680979

Catat Ulasan

emo-but-icon

item