Malaysia kutuk tindakan ahli politik Sweden bakar al-Quran

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran...

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom, Sabtu lalu.

 

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom, Sabtu lalu.- Gambar Google

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan memastikan langkah drastik diambil pada masa depan dalam menangani peningkatan membimbangkan Islamofobia di negara berkenaan.

Katanya, tindakan mencemar kitab suci umat Islam secara terang-terangan oleh ahli politik Sweden terbabit dan tiada sebarang tindakan diambil, ibarat bersetuju membiarkan Islamofobia.

"Ia bukan sahaja mengundang provokasi dan sensitiviti tidak hanya kepada Turkiye, malah lebih dua bilion umat Islam di seluruh dunia.

"Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang kali yang menyasarkan umat Islam di seluruh dunia," katanya melalui kenyataan media, kelmarin yang dipetik daripada laporan Berita Harian.  

Anwar berkata, Malaysia turut mengeji sebarang bentuk kebencian serta menyemarakkan perkauman dalam perkataan atau perbuatan yang meningkat atas alasan kepercayaan agama dan etnik.

Tegasnya, Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian bahawa amat penting memartabatkan prinsip dialog dan saling menghormati dalam menyelesaikan sebarang pertikaian.

"Malaysia menggesa komuniti antarabangsa menolak sikap perkauman dan agama dengan berselindung di sebalik kebebasan bersuara, malah kekal bersatu menentang sebarang bentuk kebencian dan keganasan," katanya.

Semalam, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.

Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sementara itu di STOCKHOLM: Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson mengutuk tindakan pihak yang membakar senaskah al-Quran di Stockholm, Sabtu lalu.

PERDANA Menteri Sweden, Ulf Kristersson. - Foto AFP  

Kristersson menyifatkan perbuatan itu `tidak menghormati’ sehingga menimbulkan ketegangan dengan Turkiye ketika Ankara menyekat usaha negara Nordik itu untuk menyertai pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).    

Pemimpin itu dalam satu ciapan memaklumkan kebebasan bersuara adalah sebahagian asas demokrasi namun bukan semua perkara yang sah semestinya sesuai dilakukan.

“Tindakan membakar kitab suci umat Islam adalah perbuatan yang tidak menghormati.

“Saya menzahirkan rasa simpati kepada semua umat Islam yang tersinggung dengan kejadian berlaku di Stockholm,” katanya.    

Sabtu lalu, pemimpin parti politik berhaluan kanan, Rasmus Paludan membakar al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di ibu negara Sweden.

Akibat berang dengan tindakan polis Sweden membenarkan Paludan melakukan protes itu, Turkiye membatalkan lawatan menteri pertahanan, Pal Jonson dan memanggil duta Sweden ke Ankara berhubung kejadian membakar al-Quran.

Tindakan Paludan menjejaskan lagi hubungan ketika Stockholm cuba menyakinkan anggota NATO, Turkiye untuk meluluskan Sweden dan Finland menyertai pakatan tentera.

Bidaan Sweden terhenti di tengah-tengah tuntutan Ankara supaya Stockholm menyerahkan aktivis Kurdish dan menghalang demonstrasi menyerang kepimpinan Turkiye. – AFP/Utusan


Related

Terkini 2257551267460916853

Catat Ulasan

emo-but-icon

item