Penangkap buaya?
Orang awam memukat ikan di Likas Lagoon, Kota Kinabalu yang dipasang papan tanda amaran ada buaya. – Foto Mohd Azrone Sarabatin KOTA KINABAL...
![]() |
Orang awam memukat ikan di Likas Lagoon, Kota Kinabalu yang dipasang papan tanda amaran ada buaya. – Foto Mohd Azrone Sarabatin |
KOTA KINABALU: Papan tanda amaran ada buaya di Likas Lagoon, Likas, dekat sini tidak dihiraukan segelingir orang awam yang mahu mencari rezeki dengan memukat ikan di situ.
Papan tanda amaran “Awas kawasan ini ada buaya” dipasang Jabatan Hidupan Liar Sabah sejak lima tahun lalu.
Tinjauan hari ini mendapati, masih ada orang awam memukat, menjala dan memancing ikan di lagun berkenaan.
Sekurang-kurangnya tiga papan tanda amaran di pasang di situ sejak tiga tahun lalu, berikutan ada orang awam melihat reptilia itu dalam lagun yang juga kolam tebatan banjir Likas.
Pada 2015, Jabatan Hidupan Liar Sabah memasang tiga perangkap buaya di situ susulan aduan orang awam melihat seekor buaya sepanjang 1.5 meter di situ.
Orang awam memukat ikan di Likas Lagoon, Kota Kinabalu walaupun ada papan tanda amaran “Awas kawasan ini ada buaya”. – Foto Kutubkhanah Azrone
Bagaimanapun, walaupun ada bukti lagun itu ada buaya, namun reptilia itu tidak masuk perangkap yang dipasang oleh renjer dari Unit Penyelamat Hidupan Liar.
Buaya berkenaan dipercayai berpindah ke kawasan lain di sekitar lagun berkenaan.
![]() |
Sementara itu, jurucakap Jabatan Hidupan Liar berkata, papan tanda amaran itu dipasang untuk memberi amaran kepada orang awam agar sentiasa berhati-hati dan tidak memasuki kawasan lagun terbabit sama ada untuk beriadah, memukat atau memancing ikan.
“Kita memandang serius aduan berkaitan buaya dan pastinya tidak mahu berlaku sebarang kejadian membabitkan nyawa.
“Kita percaya buaya masih ada di lagun berkenaan walaupun ada dakwaan sudah keluar ke laut Teluk Likas bersebelahan lagun,” katanya.