Program Komuniti di Kampung Tinusa

KELAB Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Komuniti Kerja Sosial 2022 di Kampung Tinusa 2, Sandakan mulai esok...

KELAB Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Komuniti Kerja Sosial 2022 di Kampung Tinusa 2, Sandakan mulai esok hingga Ahad ini.

 


Program itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa dengan masyarakat serta meningkatkan kemahiran yang dipelajari mereka untuk membantu sesebuah komuniti.

Selain itu, program ini menjadikan mahasiswa berkemahiran dalam menganalisis sosial dan pemahaman tentang struktur sosial dan hubungan sosio-politik, serta kebudayaan yang bertujuan untuk memanfaatkan golongan atau masyarakat yang terdapat di Kampung Tinusa 2.

Program tiga hari itu memenuhi keperluan kursus dalam Praktis III : Komuniti dan Organisasi bagi menerokai isu yang dihadapi oleh penduduk Kampung Tinusa 2, sekali gus megeratkan silaturahim antara komuniti dan mahasiswa.

Kegiatan berkenaan diyakini dapat membentuk semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

Pada masa sama mengaplikasikan teori-teori dalam kursus melalui kerja komuniti atau praktis bersama komuniti yang dengan sendirinya menambah dan mengeratkan jaringan kerjasama antara pihak Universiti Malaysia Sabah dan agensi-agensi yang terdapat di kawasan serta daerah yang dipilih.

Dari segi impak Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), program itu melahirkan mahasiswa yang berpendidikan serta berkualiti sekali gus mendapat pengetahuan yang lebih dalam mengenai profesion kerja sosial.

Selain daripada pengetahuan berhubung bidang kerja sosial, mahasiswa juga dapat didedahkan dengan kebolehpasaran profesion ini terutama di Malaysia.

Seterusnya, melalui program ini juga bidang kerja sosial dapat dipromosikan kepada orang awam dan seterusnya dapat lebih dikenali di negara kita serta menjamin capaian kepada tenaga berpatutan, dipercayai, baik dan moden kepada komuniti kampung.

Program komuniti membantu komuniti dalam membina infrastruktur yang kukuh, mempromosikan industri yang menyeluruh dan mampan dan merangsang inovasi penduduk kampung.

Penyertaan dalam program ini membolehkan pelajar kerja sosial akan bekerjasama bersama agensi luar dalam mencapai objektif program komuniti serta menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama demi pembangunan yang mapan dalam komuniti.

Related

Terkini. 7676946855461782873

Catat Ulasan

emo-but-icon

item