Wang bantuan awal persekolahan yang hilang akan diganti, diagih sebelum sekolah dibuka - Fadhlina

PUTRAJAYA:  Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang hilang dilarikan penjenayah, akan diganti dan diagihkan sebelum se...

PUTRAJAYA: Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang hilang dilarikan penjenayah, akan diganti dan diagihkan sebelum sesi persekolahan baharu bermula, lapor Berita Harian.

 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Jaminan itu diberikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang mengakui ralat dengan kes kehilangan wang berkenaan.

"Kita sedang menunggu kelulusan dan jawapan daripada Kementerian Kewangan (MOF) mengenai gantian BAP itu.

"Duit yang hilang itu akan diganti semula, jangan risau. Itu hak anak-anak," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, Khamis lalu.

Belum ada tanda positif dalam kes wang BAP lesap

Fadhlina berkata, guru besar yang terbabit dalam kehilangan wang bantuan itu juga akan disiasat berdasarkan tatatertib penjawat awam.

Mengulas mengenai kehilangan wang BAP itu, beliau berkata, KPM menyerahkan kes terbabit kepada polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor untuk tindakan lanjut.

"JPN Selangor sudah pun bertemu dengan guru besar berkenaan dan mereka akan umumkan hasil siasatan itu kemudian," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai video tular kes gaduh membabitkan sekumpulan pelajar, Fadhlina berkata, beliau sudah mengarahkan JPN Sabah untuk mengendalikan kes terbabit.

Jelasnya, JPN Sabah akan menjalankan siasatan lanjut serta mengambil tindakan sewajarnya.

"KPM mahu memperkasakan jabatan pendidikan negeri untuk mengurus tadbir dan memimpin setiap isu.

"Kita tidak mahu isu bersifat domestik disensasikan di peringkat nasional dan tiada keperluan untuk itu," katanya.

Terdahulu tular rakaman video memaparkan pergaduhan beberapa pelajar dipercayai di sebuah sekolah di Kota Kinabalu.

Insiden pergaduhan pelajar  yang tular di media sosial didakwa berlaku di sebuah sekolah di Kota Kinabalu.- Tangkap layar Media Sosial/Astro AWANI


Rakaman video tular di media sosial itu memaparkan sekumpulan pelajar lelaki memukul rakannya.

Klip video berdurasi 23 saat itu tersebar di Twitter turut menyaksikan mangsa cuba mempertahankan diri daripada diserang kumpulan pelajar berkeaan.

Dalam klip video tersebut mangsa tidak membuat serangan balas selain disaksikan para pelajar lain yang berpakaian seragam sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan masih dijalankan dan pihak polis giat mengesan pelajar terlibat serta ibu bapa mereka  masing-masing bagi membantu siasatan,” katanya.

Related

Terkini 7958668687211866853

Catat Ulasan

emo-but-icon

item