KTYS lahirkan modal insan cemerlang
KOLEJ Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) menawarkan pelbagai kursus berkaitan industri , selain menyediakan peluang pendidikan kepada pelaj...
KOLEJ Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) menawarkan pelbagai kursus berkaitan industri, selain menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar di luar bandar, melahirkan pelajar kompeten dan menyediakan sumber manusia yang mahir selaras dengan keperluan Negeri di Bawah Bayu.
![]() |
SAMIN (kiri) bertemu alumni Sijil Kewartawanan KTYS (KKYS) termasuk Pengarang Sabah Taim, Mohd Azrone Sarabatin (kanan) di KTYS City Campus, Sembulan, Kota Kinabalu.- Gambar KTYS |
Program Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan ialah Pengurusan Pejabat, Teknologi Automotif, Binaan Bangunan, Seni Kulinari, Pembuatan Pastri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Elektrik serta Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.
Program Diploma yang ditawarkan ialah Teknologi Binaan Bangunan, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan Pengurusan Teknologi (kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Seterusnya, Perakaunan, Pengurusan Harta Tanah dan Sains Komputer kesemuanya dengan kerjasama dengan UTM, manakala Kewangan Syariah dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
![]() |
KTYS Kampus Likas, Sepanggar, Kota Kinabalu. |
Turut ditawarkan Pengajian Islam dengan Pengurusan Sumber Manusia (kerjasama dengan KUIM) dan program Asasi Sains hasil kerjasama di antara Kumpulan Yayasan Sabah bersama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Semua program diploma akademik ditawarkan di KTYS diiktiraf sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) manakala program kemahiran vokasional mendapat kelulusan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
KTYS juga telah dianugerahkan Empat Bintang dalam penilaian MyQuest untuk tahun 2018/2019 oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Kolej teknikal itu adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik penuh Yayasan Sabah yang ditubuhkan pada 1990 dan dikenali Institut Pembangunan Insan.
Institusi itu melalui penjenamaan semula semenjak 1994 dengan nama Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS), kemudian Kolej Yayasan Sabah (2001) dan seterusnya kepada Kolej Teknikal Yayasan Sabah (2016).
![]() |
KTYS lahirkan modal insan cemerlang. |
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ktys.edu.my atau laman Facebook kami di www.facebook.com/ktyssabah
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Samin Ongki berkata, KTYS menyediakan program vokasional asas untuk belia tempatan bagi melengkapkan diri dengan kemahiran yang menepati permintaan pasaran kerjaya dan industri
Katanya, kolej teknikal itu telah mengatasi banyak cabaran untuk menjadi penyedia utama pendidikan tinggi dan kemahiran vokasional mesra industri di Sabah.
Beliau berkata, institusi itu berjaya mengekalkan komitmen asalnya untuk menyediakan peluang pendidikan kepada semua untuk menyokong permintaan semasa pembangunan modal insan berkemahiran.
![]() |
|
“Ini meliputi Akademi Binaan Malaysia (ABM), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), UMP serta pemain industri lain,” katanya dalam pertemuan di KTYS City Kampus, Sembulan, Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Sementara itu, bagi perkongsian pintar KTYS dengan UMP, Samin berkata, graduan KTYS akan berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke UMP dan seterusnya menamatkan pengajian di Jerman dan China.
Katanya, kursus yang diikuti oleh pelajar terbabit adalah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan, Sarjana Muda Mekatronik, Sarjana Muda Automatif dan Sarjana Muda Elektrik (Elektronik).
Beliau berkata, KTYS berjaya menghantar tiga kumpulan pelajar ke UMP dan Jerman dengan sebahagian daripadanya akan menamatkan pengajian tidak lama lagi.
“Graduan KTYS juga akan mempunyai satu lagi laluan menarik untuk masa depan iaitu meneruskan pengajian ke UMP selama dua tahun dan menamatkan pengajian di Beijing untuk tempoh dua tahun setengah. Kursus yang dijalankan ialah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Sarjana Muda Elektrik.
"Seramai 50 pelajar Sabah cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bakal ditaja Kumpulan Yayasan Sabah serta berpeluang melanjutkan pengajian ke Jerman dan China untuk melengkapkan kursus selepas dua tahun belajar di UMP.,” katanya.
![]() |
KTYS menawarkan pelbagai tahap pengajian iaitu program peringkat diploma, asasi dan sijil kemahiran.- Foto KTYS |
Dalam pada itu, baru-baru ini, KTYS menerima kemasukan lima pelajar baharu dari Kampung Kenang-Kenangan, Tongod untuk mengikuti kursus peringkat sijil di Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah, KTYS di Kota Kinabalu.
Beliau berkata, program berkenaan menyasarkan golongan lepasan sekolah menengah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan menjadikan kolej teknikal itu sebagai peluang kedua mencapai cita-cita mereka bergelar graduan.
“Program ini akan menyediakan peserta dengan kemahiran seni pertukangan tangan yang bertujuan melahirkan usahawan kraf tangan bukan sahaja mempunyai kemahiran seni kraf, tetapi juga mempunyai pengetahuan asas keusahawanan dalam memasar dan mempromosikan hasil kreativiti mereka,” katanya.