Maut ketika lakukan hubungan intim

JAKARTA:  Seorang pengetua sekolah dilaporkan meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim bersama seorang guru wanita di dalam sebuah bi...

JAKARTA: Seorang pengetua sekolah dilaporkan meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim bersama seorang guru wanita di dalam sebuah bilik hotel di Tulungagung, Jawa Timur pada 24 Januari lalu.

Memetik laporan Kompas, kedua-duanya bertugas di sekolah yang sama, namun bukan pasangan suami isteri.

 

Seorang pengetua sekolah di Jawa Timur, Indonesia dilaporkan meninggal dunia di sebuah bilik hotel ketika sedang melakukan hubungan terlarang bersama seorang guru wanita.Foto Ihsan  Indo Zone

 


Difahamkan, pada pagi sebelum kejadian, pasangan 'skandal' itu dikatakan pergi menginap di hotel berkenaan namun tidak lama selepas itu, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Panik dengan situasi yang berlaku, guru itu segera meminta bantuan pihak hotel sebelum mangsa sempat diberikan bantuan pernafasan.

Berdasarkan keterangan guru wanita terbabit, mangsa tidak mengambil sebarang pil atau ubat kuat ketika melakukan hubungan intim bersamanya.

Memetik laporan Indo Zone pula, guru berusia 39 tahun itu sudah dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan melanggar aturan dan etika sebagai seorang pendidik kerana sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada anak bangsa.

 

Related

Terkini 3584612066734253614

Catat Ulasan

emo-but-icon

item