Pesona ‘Teluk Marudu The lost world’ pikat pelancong China
SEMAKIN ramai pelancong mengunjungi Teluk Marudu, Kota Marudu khususnya destinasi pelancongan yang diusahakan oleh Persatuan Eko Pelanconga...
SEMAKIN ramai pelancong mengunjungi Teluk Marudu, Kota Marudu khususnya destinasi pelancongan yang diusahakan oleh Persatuan Eko Pelancongan Teluk Marudu (MBET) untuk rekreasi, memancing dan penyelidikan.
MBET meliputi Kampung Bengkongan, Minansad, Boluot, Mangin Satu, Mangin Dua, Puka, Langkun, Tonsom, Bukit Lalang, Mangaris Satu dan Mangaris Dua.
![]() |
PANORAMA waktu senja di Teluk Marudu yang menjadi daya tarikan pelancong. |
|
Katanya, pelancong yang menaiki bot amat tertarik dengan panorama mentari terbenam, kelip-kelip pada waktu malam dan 'proboscis monkey' atau 'monyet bakaro (bangkatan)' yang sesekali muncul di kawasan bakau antara terpanjang di Malaysia.
Beliau berkata, pelancong terbabit juga berpeluang melihat hutan nipah yang mempesonakan dan sesekali muncul muncung buaya pada jarak jauh, namun tidak ganas atau menyerang pengunjung.
![]() |
PELANCONG luar negara semakin mengenali ‘Marudu Bay The lost world’.
|
“Mereka berminat membuat penyelidikan di Teluk Marudu khususnya berkaitan hutan paya bakau menjadi habitat pelbagai spesies fauna seperti monyet, memerang, burung serta menjadi kawasan pembiakan pelbagai jenis kerang serta ikan dan kajian biologi marin,” katanya.
Awang berkata, pihaknya juga sedang berusaha memperbaiki prasarana destinasi pelancongan itu khususnya diusahakan penduduk Kampung Bengkongan dan berharap mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Katanya, selain memancing di kawasan paya bakau, pihaknya juga sedang berusaha menyediakan kolam tempat mandi dan berharap mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan.
![]() |
Kampung Bengkongan terletak di ‘Marudu Bay The lost world’ kini dikenali pelancong tempatan dan luar negara. |
“Kami memiliki destinasi pelancongan mempesonakan namun masih ada kekurangan khususnya bekalan air bersih untuk kegunaan pengunjung,” katanya.
Teluk Marudu memiliki pantai yang bersih sesuai dijadikan destinasi pelancongan berasaskan alam sekitar atau eko pelancongan serta terkenal kerana keunikan terumbu karang dengan kepelbagaian hidupan laut serta paya bakau.
Penduduk Kampung Bengkongan membina pondok di pesisir pantai tempat bersantai dan memancing ikan, ketam dan mengutip lokan.
![]() |
Penggerak Eko Pelancongan Bengkongan, Awang Oting @ Omar. |
Diwartakan sebagai Taman Marin Tun Mustapha, Teluk Marudu yang kaya dengan biodiversiti mempunyai 60 spesies burung, mamalia dan reftilia hampir pupus yang menjadi daya tarikan pelancong.