Rumah 2 calon menduduki SPM esok musnah dalam kebakaran
SEPANGGAR: Keluarga d ua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya, Menggatal, yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai eso...
SEPANGGAR: Keluarga dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya, Menggatal, yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai esok antara terjejas akibat kebakaran yang memusnahkan enam rumah di Kampung Sepakat Jaya, di sini, pagi tadi.
Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di Kampung Sepakat Jaya, Sepanggar.
Sumber memaklumkan Sabah Taim, kedua-dua pelajar itu akan diberikan sokongan psikologi yang meliputi kaunseling individu, untuk memastikan mereka tidak menghadapi tekanan menghadapi peperiksaan berkenaan.
Dua pelajar terbabit adalah antara calon SPM yang akan menduduki Ujian Bertutur untuk Bahasa Melayu mulai esok hingga 9 Februari ini, diikuti Ujian Bertutur bagi Bahasa Inggeris yang dijadualkan selama tiga hari iaitu pada 13 hingga 15 Februari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, seorang anggota bomba dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas namun keadaan stabil manakala seorang penduduk turut cedera dan diberi rawatan awal oleh pasukan penyelamat.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.06 pagi.
Seramai 20 pegawai dan anggota dari BBP Lintas dan Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.