Tamu Lokal KRT Taman Sepanggar pilihan terbaik warga Sepanggar
SEPANGGAR: Tamu Lokal Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sepanggar di Kampung Malawa, di sini menjadi pilihan terbaik kepada masyarakat sete...
SEPANGGAR: Tamu Lokal Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sepanggar di Kampung Malawa, di sini menjadi pilihan terbaik kepada masyarakat setempat dan sekitarnya untuk membeli barangan dapur, sama ada makanan basah mahupun kering.
Tamu atau pasar pagi berkenaan beroperasi setiap Ahad mulai jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari, sejak Ogos tahun lalu.
Ketua Tamu, Rosni Dullah, berkata, bagi penggemar makanan tradisi seperti ‘kelupis’ yang popular dalam kalangan masyarakat Brunei, ‘siager’ (Iranun) dan ‘penjaram’ (Bajau) boleh berkunjung ke tamu berkenaan.
![]() |
ROSNI (kanan) bersama penggerai Tamu Lokal KRT Taman Sepanggar, Sepanggar. |
Katanya, Tamu Lokal KRT Taman Sepanggar menjual ikan, udang dan ketam serta sayur-sayuran segar termasuk yang baharu dipetik penggerai dari kebun mereka.
Beliau berkata, ada juga penggerai yang menjual produk mereka sendiri seperti sambal kicap, kuih-muih tradisional dan benih buah-buahan serta pisang, selain jualan seperti ‘bundle’.
“Untuk menambahkan keceriaan dan keriuhan tamu ini turut menyajikan pelbagai aktiviti seperti bersenam, menari, zumba, karaoke, mewarna dan refleksologi,” katanya kepada Sabah Taim, di sini, baru-baru ini.
![]() |
Suasana Tamu Lokal KRT Taman Sepanggar, Sepanggar - FOTO Tamu Lokal KRT Taman Sepanggar |
|
Rosni berkata, pihaknya juga merancang menjadikan tamu berkenaan sebagai tapak Bazar Ramadan sepanjang Ramadan, mulai bulan depan.
Katanya, usaha itu dilakukan untuk memastikan penggerai memperoleh pendapatan sampingan bukan saja setiap Ahad, malah sepanjang Ramadan.
![]() |
Sambal Kicap Bangkar Panut turut dijual di Tamu Lokal KRT Taman Sepanggar, Sepanggar. |
Beliau berkata, untuk memastikan penggerai dan pengunjung selesa, pihaknya akan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
![]() |
Ikan segar yang dijual di Tamu Lokal KRT Taman Sepanggar, Sepanggar - FOTO Tamu Lokal KRT Taman Sepanggar |
“Kita akan memastikan setiap pengunjung berpuas hari, datang dengan gembira dan balik dalam keadaan riang,” katanya.