UMS selami kehidupan komuniti Suang Punggur
KOTA BELUD: Seramai 41 pelajar Program Kerja Sosial, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyelami kehidupan...
KOTA BELUD: Seramai 41 pelajar Program Kerja Sosial, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyelami kehidupan masyarakat Kampung Suang Punggur, di sini, baru-baru ini, menerusi program komuniti kerja sosial.
![]() |
Program Komuniti Kerja Sosial UMS di kampung Suang Punggur, Kota Belud. |
Katanya, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa dengan masyarakat setempat di kampung yang majoriti penduduknya etnik Bajau Sama.
Beliau berkata, sepanjang tiga hari menjalankan program di kampung berkenaan, pelajar tinggal bersama keluarga angkat mereka masing-masing membabitkan 60 keluarga.
“Kemahiran dipelajari mahasiswa dalam kursus kerja sosial dapat membantu sesebuah komuniti serta secara tidak langsung membolehkan kami mempraktikkan ilmu diperoleh di kampus dalam kehidupan seharian,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.
![]() |
Amiruddin (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Azuwan Marjan pada Program Komuniti Kerja Sosial UMS di kampung Suang Punggur, Kota Belud. |
Program dirasmikan Pengerusi Gabungan Kelab-Kelab Belia Daerah Kota Belud, Azuwan Marjan @ Norjan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Program, Nur Ain Ranius berkata dari aspek impak Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), program itu mewujudkan mahasiswa yang berpendidikan serta berkualiti sekali gus memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam mengenai profesion kerja sosial.
Katanya, ia juga membolehkan mahasiswa mengetahui lebih mendalam bidang kerja sosial yang dengan sendirinya mendedahkan mereka kepada kebolehpasaran profesion ini khususnya di negara kita.
Beliau berkata, melalui program berkenaan juga bidang kerja sosial dapat dipromosikan kepada orang awam dan seterusnya lebih dikenali di negara kita yang menjamin capaian kepada tenaga berpatutan, dipercayai, baik dan moden kepada komuniti kampung.
“Program komuniti ini membantu masyarakat membina infrastruktur yang kukuh, mempromosikan industri yang menyeluruh serta mampan dan merangsang inovasi penduduk kampung.
![]() |
Program Komuniti Kerja Sosial UMS di kampung Suang Punggur, Kota Belud selami kehidupan etnik Bajau Sama. |
“Pelajar kerja sosial akan bekerjasama bersama agensi luar dalam mencapai objektif program komuniti serta menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama demi pembangunan yang mapan dalam komuniti.
FAKTA
Pensyarah Subjek Praktis Komuniti adalah Dr. Wanda Kiyah Anak George Albert merangkap Ketua Program Kerja Sosial, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS.
Kampung Suang Punggur memiliki Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang antaranya berperanan sebagai pusat sehenti menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.