UMS peneraju masyarakat inovatif

TAMPARULI: Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkongsi hasil inovasi pertanian menerusi bengkel penghasilan dan pengkomer...

TAMPARULI: Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkongsi hasil inovasi pertanian menerusi bengkel penghasilan dan pengkomersialan produk pertanian secara dalam talian bersama komuniti Kampung Bongol, di sini, baru-baru ini.

 

Demonstrasi menghasilkan tanah berkualiti menggunakan bahan organik oleh Nur Azahrinah dan Fernado di Kampung Bongol, Tamparuli.



Program berkenaan dilaksanakan melalui khidmat masyarakat 'UMS-Siswa Prihatin' (UMS-SPRINT) membabitkan mahasiswa kursus kokurikulum berkredit Interim (Seksyen 2) Sesi 1, Semester 2022/2023 dengan Kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS.

Pengarah program mahasiswa, Britney Sindam Paing berkata, objektif utama penganjuran bengkel itu mendedahkan komuniti kaedah pemasaran produk mereka secara dalam talian bertepatan era digital.

Selain itu katanya, penghasilan produk perniagaan berasaskan sumber pertanian serta kaedah menghasilkan tanah berkualiti untuk tujuan pertanian menggunakan tiga bahan asas iaitu hampas kopi, kulit pisang dan tanah dikongsikan kepada komuniti.  

Beliau berkata, demonstrasi berkenaan merupakan projek inovasi pelajar interim yang telah terbukti dapat meningkatkan kualiti kesuburan tanah dan pengeluaran hasil tanaman, di samping dapat mengurangkan kos pengeluaran modal.

 

Hannerita berkongsi  potensi info pengeluaran produk berasaskan ubi kayu di Kampung Bongol, Tamparuli.



“Kita percaya program seumpama ini membantu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan memudahkan pemasaran menerusi teknologi digital,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Sementara itu, Britney berkata, Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Sabah, Hannerita Libau turut diundang untuk berkongsi  potensi pengeluaran produk berasaskan ubi kayu dan peluang penduduk kampung mendaftar sebagai pengusaha bimbingan Jabatan Pertanian.

Seterusnya katanya,  peluang memasarkan produk ke pasaran yang lebih meluas dan peluang mendapatkan geran pembungkusan, pelabelan, penambahbaikan premis ke arah pensijilan dan perolehan papan tanda perniagaan.

 Dr Amer Azlan 




“Strategi dan teknik pemasaran produk secara dalam talian pula disampaikan oleh penceramah, Mohammad Aieman,” katanya

Mengulas mengenai program berkenaan, Jurulatih Kursus Interim, Dr Amer Azlan Abdul Jamal yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan perakaunan UMS, berkata program seumpama ini memberi pendedahan kepada mahasiswa UMS berbakti kepada masyarakat di samping memupuk kemahiran sosial dan bekerjasama sebagai satu pasukan. 

Related

Terkini 2448887707373082004

Catat Ulasan

emo-but-icon

item