BSBB, Kedutaan Sweden jayakan #WikiGap
PERSATUAN Bahasa dan Budaya Bajau Sama (BSBB) antara empat organisasi berkolaborasi dengan Kedutaan Sweden di Malaysia untuk menjayakan sesi...
PERSATUAN Bahasa dan Budaya Bajau Sama (BSBB) antara empat organisasi berkolaborasi dengan Kedutaan Sweden di Malaysia untuk menjayakan sesi #WikiGap bersama Wikimedia Malaysia di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), Sembulan, Kota Kinabalu, Isnin lalu.
Peserta didedahkan dengan penulisan dan penyuntingan artikel Wikipedia mengenai wanita yang termuat dalam laman web Wikipedia.
![]() |
MOHD Taufik (dua dari kiri) dan penulis (kanan) bersama peserta sesi #WikiGap BSBB bersama Wikimedia Malaysia anjuran Kedutaan Sweden di KTYS, Sembulan, Kota Kinabalu, Isnin lalu. |
Hadir sama, Yang Dipertua BSBB, Chendramata Sinteh.
Peserta meliputi pakar bahasa Bajau Sama, penulis kamus dalam talian, Wikipedia Bahasa Bajau Sama dan belia etnik berkenaan.
Bengkel dikendalikan oleh pemudah cara dari Wikimedia Community User Group, Mohd Taufik Rosman.
Sementara itu, Kedutaan Sweden di Kuala Lumpur, dalam kenyataan menerusi Facebook, memaklumkan, program berkenaan diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.
Program itu untuk meraikan pencapaian wanita dari seluruh dunia dengan Kedutaan Sweden berusaha ke arah mempercepatkan usaha untuk mencapai kesetaraan jantina.
Memerangi ketidaksamaan jantina adalah antara objektif terbesar Sweden, sebab itulah pihak kedutaan menganjurkan empat sesi #WikiGap dengan Wikimedia Malaysia antaranya dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), BSBB dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran.
![]() |
SESI #WikiGap UKM bersama Wikimedia Malaysia anjuran Kedutaan Sweden di Bangi, Selangor.- Gambar Ihsan Facebook Kedutaan Sweden. |
Peserta bersaing dalam menulis dan menyunting artikel Wikipedia berhubung wanita dengan matlamat menyeluruh untuk memerangi ketidaksamaan jantina yang termuat di Ensiklopedia dalam talian itu.