IPGM iktiraf sumbangan Sabah Taim jayakan Pedagogi Sukar

  Oleh Muhammad Azamuddin Mohd Azrone ALHAMDULILLAH. Terima kasih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang mengiktiraf Pengarang portal...

 Oleh Muhammad Azamuddin Mohd Azrone

ALHAMDULILLAH. Terima kasih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang mengiktiraf Pengarang portal berita, Sabah Taim, Mohd Azrone Sarabatin sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan khususnya laporan pendidikan  di peringkat nasional dan global. 

Tangkap layar buku Budaya Komuniti Pembelajaran Profesional: Perkongsian Pengalaman yang memfokuskan PLC mencakupi pelaksanaan Pedagogi Sukar Pensyarah Cemerlang dan Guru Cemerlang.

Sidang pengarang buku Budaya Komuniti Pembelajaran Profesional: Perkongsian Pengalaman yang memfokuskan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) mencakupi Pedagogi Sukar kelolaan  Pensyarah Cemerlang Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Guru Cemerlang menyentuh komitmen Mohd Azrone sebagai  bekas Wartawan Berita Harian yang sentiasa melaporkan berita-berita Pedagogi Sukar di Sabah dan Sarawak.


Tangkap layar buku Budaya Komuniti Pembelajaran Profesional: Perkongsian Pengalaman yang menyentuh peranan Pengarang Sabah Taim jayakan pedagogi sukar di Sabah dan Sarawak.


Ini disentuh menerusi bab Rakan Kolaboratif buku yang diterbitkan IPGM pada Disember lalu, iaitu:

Pelaksanaan program Pedagogi Sukar berjalan dengan lancar kerana adanya rakan kolaboratif yang sangat efektif.

Kami berkolaboratif dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, IPG Kampus Tawau, IPG Kampus Tun Abdul Razak, IPG Kampus Gaya, IPG Kampus Kent, Pejabat Pendidikan Daerah Semporna dan TVS Sarawak.

Dua orang sosok penting yang membantu Majlis Pensyarah Cemerlang ialah Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Datu Dr Haji Azhar Haji Ahmad.

Beliau sempat berinteraksi secara langsung melalui Webinar bertajuk ‘Benih yang Baik, Campak ke Laut Menjadi Pulau’.

Sosok kedua ialah Mohd Azrone Sarabatin yang merupakan Pengarang Portal Sabah Taim.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan dan melibatkan banyak orang kenamaan. Beliau juga merupakan bekas Wartawan Berita Harian yang sentiasa melaporkan berita-berita Pedagogi Sukar di Sabah dan Sarawak.

Related

Terkini 2175965972887775538

Catat Ulasan

emo-but-icon

item