Muhammad Azamuddin pengurus baharu Sabah Taim

KERATAN akhbar Sinar Harian mengenai  kejayaan  Muhammad Azamuddin  dan rakan-rakan memenangi hadiah sagu hati Pertandingan Video Kreatif GP...



KERATAN akhbar Sinar Harian mengenai kejayaan Muhammad Azamuddin dan rakan-rakan memenangi hadiah sagu hati Pertandingan Video Kreatif GPS Bestari - IWK Peringkat Kebangsaan 2019.

MULAI 6 Mac 2023, portal berita Sabah Taim diurus dan diselenggara Muhammad Azamuddin Mohd Azrone, manakala Pengarang portal ini, Mohd Azrone Sarabatin hanya bertindak sebagai penasihat editorial.

 

Muhammad Azamuddin adalah penerima hadiah sagu hati Pertandingan Video Kreatif GPS Bestari - IWK Peringkat Kebangsaan 2019 dan bekas wartawan majalah sekolah kluster kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield, Subang Jaya.

Beliau pernah membuat liputan kejohanan boling tenpin Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Sunway Mega Lanes,  Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Petaling Jaya, dan Kejohanan Olahraga MSSM di Stadium Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) untuk Majalah MSSM pada 2019.

Selalunya penulis membaca berita yang ditulis sendiri, tetapi pada 6 Mac 2019 baca berita tulisan rakan wartawan mengenai kejayaan Muhammad Azamuddin dan rakan-rakan memenangi hadiah sagu hati Pertandingan Video Kreatif GPS Bestari - IWK Peringkat Kebangsaan 2019.

Muhammad Azamuddin adalah penerima hadiah sagu hati Pertandingan Video Kreatif GPS Bestari - IWK Peringkat Kebangsaan 2019.- Tangkap Layar GPS Bestari/Sinar Harian.




Mereka adalah wartawan sekolah kluster kecemerlangan SMK Seafield, Subang Jaya.

ARTIKEL Muhammad Azamuddin dalam majalah SMK Seafield, Subang Jaya.




Zaman penulis berusia 14 tahun jangankan tulisan disiarkan media, diterbitkan majalah sekolah pun jauh panggang dari api.

BAKAT Muhammad Azamuddin terserlah menerusi artikel diterbitkan majalah SMK Seafield, Subang Jaya.


Penulis yakin Muhammad Azamuddin mampu mengurus portal ini sebaiknya. Insya-Allah.

Related

Terkini. 6682251238337100588

Catat Ulasan

emo-but-icon

item