Pelajar Jepun mahir bahasa isyarat Bahasa Melayu
KOLUMNIS Oleh Norani Abd Rahim BUKAN sahaja fasih berbahasa Melayu, sekumpulan tujuh pelajar Jepun dari Tokyo University of Foreign Studies...
KOLUMNIS
Oleh Norani Abd Rahim
BUKAN sahaja fasih berbahasa Melayu, sekumpulan tujuh pelajar Jepun dari Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Tokyo mahir berbahasa isyarat menggunakan kod tangan bahasa Melayu.
![]() |
Pelajar Jepun dari Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Tokyo mahir berbahasa isyarat menggunakan kod tangan bahasa Melayu. |
Kefasihan dan kemahiran berkenaan terserlah ketika mereka berkomunikasi dengan pensyarah dan pelajar semasa kunjungan ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pelajar TUFS ini merupakan pelajar yang mengambil jurusan Bahasa Melayu di universiti tersebut sejak 16 bulan lepas.
![]() |
PELAJAR Jepun mengadakan kunjungan ke IPGKIK, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. |
Bersama-sama tenaga pengajarnya, Puan Faridah Mohamed, mereka mengadakan ‘Program Sensei Kembara Ilmu’ di beberapa lokasi di Malaysia.
Di IPGKIK, pelajar TUFS bersama-sama pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mendalami ungkapan-ungkapan bahasa Melayu yang berkaitan dengan budaya makan, pakaian dan permainan tradisional masyarakat Malaysia termasuk komunikasi menggunakan bahasa isyarat.
![]() |
Rozita atau nama sebenar Jepun, Risako Yamazaki. |
|
“Saya sangat teruja dengan peragaan pakaian tradisional yang sangat unik dan menarik. Selain itu, saya tidak boleh melupakan pengalaman belajar bahasa Melayu ditambah dengan bahasa isyarat.
“Suatu pengalaman yang sangat menarik dan tidak dapat di tempat lain.”, katanya.
![]() |
Antara aktiviti kebudayaan pelajar TUFS dan IPGKIK yang berlangsung dalam Program Sensei. |
Pelajar IPGKIK yang juga Pengarah Program, Athierah Mohd Azrie, 20, turut bersyukur kerana diberi peluang merealisasikan program bertaraf antarabangsa ini.
Katanya, sebagai pelajar opsyen Bahasa Melayu, beliau dan rakan-rakan berpeluang mengaplikasikan kuliah yang dipelajari dalam situasi sebenar.
“Kami perlu mendalami setiap adat dan budaya masyarakat Malaysia seperti adat makan orang Melayu yang duduk bersimpuh, makan menggunakan tangan dan fungsi jari ketika menyuapkan makanan dan lain-lain, katanya.
![]() |
Norani (tengah), Pensyarah Bahasa Melayu, IPGKIK yang menjadi pencetus program bagi manfaat pelajar kedua-dua negara bersama pelajar dari Jepun. |
Katanya, mereka bukan sahaja melakukan demonstrasi makan secara tradisional, memperaga pakaian tradisional, permainan tradisional bahkan turut menghasilkan ikon sensori yang beridentitikan Malaysia.
![]() |
Permainan congkak antara menarik perhatian pelajar dari Jepun |
.
Beliau berkata, ikon sensori yang dibangunkan ini unik kerana ikon berkenaan khusus untuk murid berkeperluan pendidikan khas (masalah pembelajaran).
“Ikon Tun Farimah dan Keluarga Limau ini akan digunakan bagi terapi motor halus murid-murid ini.
![]() |
Tudung saji tradisi Melayu dan Bumiputera di Malaysia diperkenalkan kepada pelajar dari Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Tokyo yang berkunjung ke IPGKIK, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. |
“Dalam pembelajaran, terapi boleh meningkatkan motor halus murid termasuklah kekuatan jari-jemari, koordinasi mata dan tangan dan sebagainya.
Untuk rekod, projek ini mengambil masa setahun sebelum ikon sensori ini ditunjukkan kepada umum.
Penulis adalah Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dan Munsyi Muda Bahasa, Jabatan Perkhidmatan Awam.