Burj Khalifa satu menara tiga waktu Iftar

SATU  menara tiga waktu 'sungkai'  (Iftar) itulah Burj Khalifa di Kota Dubai,  Emiriah Arab Bersatu (UAE). Alhamdulillah , pada Mac ...

SATU menara tiga waktu 'sungkai' (Iftar) itulah Burj Khalifa di Kota Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Alhamdulillah, pada Mac 2016, penulis diberi peluang melaporkan dari tingkat 124 atau ketinggian 452 meter dari aras laut, bangunan tertinggi di dunia setinggi 163 tingkat atau 828 meter dari aras laut. 

Emiriah Arab Bersatu (UAE).Memetik sumber, Mufti Besar Dubai, Dr. Ahmed Abdelaziz al Haddad:

Zon 1: Mereka yang tinggal di tingkat 80 dan ke bawah boleh mengikut waktu berbuka di masjid berhampiran.

Zon 2: Bagi mereka yang tinggal di tingkat 80 sehingga 150, perlu menunggu dua minit waktu berbuka puasa di masjid.

Zon 3: Mereka yang berada di tingkat 151 dan ke atas perlu menunggu sehingga tiga minit selepas penduduk di bawah berbuka puasa.

 

PENULIS berada di tingkat 124, Burj Khalifa, Dubai.- Koleksi Kutubkhanah Azrone

Pada 10 Mei 2019, Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal di UAE meminta semua penduduk di Burj Khalifa setinggi 163 tingkat dan bangunan pencakar langit lain untuk mengambil perhatian terhadap perbezaan waktu berbuka puasa yang bergantung kepada tingkat kediaman mereka.

Sejak beberapa tahun lalu, penduduk yang tinggal di bangunan pencakar langit di Dubai perlu menunggu enam minit lebih lama untuk berbuka berbanding mereka yang menetap di kawasan lain.

Jabatan tersebut mengeluarkan pekeliling menetapkan tempoh berpuasa penduduk yang tinggal antara tingkat 60 dan aras 120 adalah empat minit lebih lama berbanding kawasan lain di Dubai.

    

PENULIS bersama pengurusan kanan Burj Khalifa ketika berada di tingkat 124, Burj Khalifa, Dubai.- Koleksi Kutubkhanah Azrone

"Mereka yang tinggal di tingkat 121 dan ke atas pula perlu berpuasa enam minit lebih lama manakala waktu solat subuh adalah tiga minit lebih awal," jelas jabatan itu lagi.

Perbezaan masa berdasarkan ketinggian itu turut menyebabkan penduduk di Burj Khalifa menunaikan solat subuh dua minit lebih awal berbanding kawasan lain di Dubai.

    

BURJ Khalifa, Dubai.- Koleksi Kutubkhanah Azrone

Menurut ahli astrofizik terkenal, Neil deGrasse Tyson menerusi thenational.ae yang dikeluarkan pada 2016, waktu berbuka puasa unik di Burj Khalifa adalah kerana matahari terbenam agak lambat di tingkat paling atas menara yang menjadi kebanggaan di Dubai itu. - Agensi

#burjkhalifa #iftar #dubai

Related

Terkini 832475623079408696

Catat Ulasan

emo-but-icon

item