IPS 'bersungkai' di RupHA

HASYUDA (dua dari kiri) dan Sahara (kiri) menyantuni penulis muda di Pustaka Iqbal Nazim, Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RupHA),  sebelum majlis...

HASYUDA (dua dari kiri) dan Sahara (kiri) menyantuni penulis muda di Pustaka Iqbal Nazim, Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RupHA),  sebelum majlis ‘sungkai’ atau berbuka puasa di  Rumah Ngaji Baitul Muqaddam, Kampung Gudon, Menggatal.



SEKUMPULAN pimpinan dan ahli Ikatan Penulis Sabah (IPS) mengunjungi Pustaka Iqbal Nazim di Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RupHA),  sebelum majlis ‘sungkai’ atau berbuka puasa di  Rumah Ngaji Baitul Muqaddam, Kampung Gudon, Menggatal, Ahad lalu.

Sekitar Oktober 2020, Pustaka Iqbal Nazim yang terletak dalam 'gugusan' RupHA dipilih antara lima penerima hadiah Pertandingan Sudut Bacaan di Rumah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah.

Turut termuat dalam ‘gugusan’ RuPHA adalah Rumah Ngaji Baitul Muqaddam.

“Kami amat bangga kerana dapat menyantuni pemilik ketiga-tiga premis itu, iaitu Sasterawan Sabah Ketiga, Hasyuda Abadi atau nama sebenarnya, Sukor Usin bersama isterinya, Sahara Jais.

“Pasangan suami isteri yang tidak asing dalam dunia Sastera negara adalah pemilik ketiga-tiga premis berkenaan,” kata Ketua Satu IPS, Ustaz Abdul Muizz Awang Marusin yang mengetuai rombongan pimpinan dan ahli IPS.

Hadir sama, Ketua Dua, Fauziah Haji Moksin; Bendahari, Roslan Suhasto dan Ketua Penerangan, Mohd Azrone Sarabatin.

Related

Terkini 2953607079185493629

Catat Ulasan

emo-but-icon

item