Penulis lirik Endiam Sengkaban 'berguru' dengan Ampal
Oleh Mohd Aqil Syahmie PENYANYI dan pelakon terkenal Sabah, Abu Bakar Ella atau lebih dikenali Ampal menerima kunjungan penulis lirik lagu ...
Oleh Mohd Aqil Syahmie
PENYANYI dan pelakon terkenal Sabah, Abu Bakar Ella atau lebih dikenali Ampal menerima kunjungan penulis lirik lagu Bajau Sama berjudul Endiam Sengkaban, Mohd Azrone Sarabatin sempena pertandingan ‘Malaysia Championships Of Performing Arts (MCOPA)’ di Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada 17 Mac lalu.
Ampal artis versatil berkebolehan sebagai komposer, pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, penulis lirik dan pemuzik muncul antara artis terbaik di Negeri di Bawah Bayu.
Lagu ciptaan dan nyanyiannya berjudul Warkah Dari Gunung memenangi tempat pertama Sayembara Mencipta Lagu dan Lirik Puisi 2000 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah yang berlangsung di Kota Kinabalu.
Di peringkat nasional, nama Abu Bakar Ella mula dikenali ramai sejak muncul pemenang ketiga Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran TV3 pada 1995. #ampal #sepanggartimes #sabahtaim