Persatuan Alumni KTYS kembali ke kolej imarah Ramadan

SEPANGGAR: Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS)  tidak ketinggalan mengimarahkan R amadan dengan mengadakan Majlis Iftar Ram...

SEPANGGAR: Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS)  tidak ketinggalan mengimarahkan Ramadan dengan mengadakan Majlis Iftar Ramadan Bersama Pelajar Asrama kolej itu, di Likas, dekat sini, Sabtu lalu.

Seramai 143 pelajar asrama KTYS terlibat dalam majlis itu dengan dihadiri Ahli Majllis Tertinggi Persatuan Alumni KTYS diketuai Mohd Pkhruddin Bian selaku Presiden Alumni KTYS.

 

Presiden Almuni KTYS Mohd Pkhruddian Bian (berdiri, kiri) pada Majlis Iftar Ramadan di Asrama Pelajar KTYS di Likas.



Pengisian aktiviti bermula dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasrun Mohd Talib memberikan perkongsian dalam menghayati bulan Ramadan.

Wakil Ketua Eksekutif KTYS, Ahmad Nooramin Ismail, Dekan Hal Ehwal Akademik dalam ucapannya pada majlis itu berkata pihak KTYS  sentiasa membantu alumni KTYS serta  menjalin hubungan kerjasama yang erat bersama alumni KTYS.

Mohd Pkhruddin dalam ucapannya berkata majlis Iftar Ramadan ini merupakan pengisian aktiviti yang dijalankan setiap tahun dalam menyambut kehadiran Ramadan.

 

Pelajar asrama KTYS di Likas yang diraikan pada majlis Iftar Ramadan anjuran Persatuan Alumni KTYS.

Mohd Pkhruddin juga berkata pelajar yang telah tamat pengajian kelak boleh mendaftar menjadi ahli  Persatuan Alumni KTYS.

Pada majlis itu, sumbangan duit raya telah disampaikan oleh Presden Alumni KTYS kepada pelajar untuk menyambut Aidilfitri.

Related

Terkini 4748074195961606535

Catat Ulasan

emo-but-icon

item