Sumbangan Tabung Raya KARIB

DUA  Ziarah Kelab Alumni Riong Bangsar  ( KARIB )  dan penyampaian Sumbangan Tabung Raya KARIB 2023 telah dibuat menerusi Wakil KARIB masing...

DUA Ziarah Kelab Alumni Riong Bangsar (KARIB) dan penyampaian Sumbangan Tabung Raya KARIB 2023 telah dibuat menerusi Wakil KARIB masing-masing di Sabah dan Terengganu, semalam.

Ziarah KARIB pertama dibuat kepada Maslina Abdul Rahman, balu Allahyarham Datu Ruslan Sulai (bekas jurufoto Berita Harian/Executive Photo Coordinator).

 

Wakil KARIB, Mohd Azrone Sarabatin menyampaikan sumbangan Tabung Raya KARIB kepada Maslina di Taman Bersatu, Putatan, dekat Kota Kinabalu.


 

Datu Ruslan meninggal dunia pada 4 Disember 2022 disebabkan kanser paru paru.

Allahyarhan meninggalkan enam anak, termasuk yang bongsu, Datu Afdhani, 13.

Sumbangan disampaikan oleh wakil KARIB di Sabah, Mohd Azrone Sarabatin di kediaman keluarga itu di Taman Bersatu, Putatan, dekat Kota Kinabalu.

Wakil KARIB di Terengganu, Rozaina Zakaria menyampaikan sumbangan Tabung Raya KARIB kepada Abdul Aziz @  Atang, di kediamannya di Gong Badak, Kuala Nerus.



Sementara pada sebelah petang, wakil KARIB di Terengganu, Rozaina Zakaria menyampaikan sumbangan Tabung Raya KARIB kepada Abdul Aziz @  Atang, di kediamannya di Gong Badak, Kuala Nerus.

Atang yang sebelum ini menerima bantuan daripada Tabung Ihsan KARIB, diperakukan layak menerima sumbangan Tabung Raya KARIB berdasarkan ketidakupayaan beliau dan keadaan penyakit diabetiknya yang kronik, yang sudah pasti menyukarkan beliau membuat persiapan Aidilfitri.

Related

Terkini 3664680133451807768

Catat Ulasan

emo-but-icon

item