Anak Kota Belud raih pingat emas Sukan SEA Kemboja

Nor Farah Mazlan meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja.- Foto Ihsan Facebook Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) PHNOM PENH: Im...

Nor Farah Mazlan meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja.- Foto Ihsan Facebook Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka)

PHNOM PENH: Impian atlet pencak silat negara, Nor Farah Mazlan meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja tercapai selepas mengungguli acara Tanding 50 kilogram (kg) wanita di Chroy Changvar Convention Center, sebentar tadi.

Nor Farah menewaskan pesilat dari Singapura, Nadhrah Sahrin selepas wasit memutuskan untuk menamatkan perlawanan pada mata 23-16, selepas pesilat Singapura melakukan kesalahan berat sebanyak tiga kali.


Aksi Nor Farah Mazlan (kanan) ketika final di Sukan SEA Kemboja.- Foto Ihsan Facebook Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka)

Pesilat kelahiran Kota Belud itu sebelum ini mencipta sejarah apabila muncul juara dunia dalam Kelas F Puteri pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 di Melaka pada Julai, tahun lalu juga menewaskan Nadhrah dengan kemenangan tipis 25-23.


FAKTA

Nor Farah menyumbangkan pingat emas ke-17 Malaysia dalam temasya Sukan SEA Kemboja.

 

 


Related

Terkini 6421869560675851626

Catat Ulasan

emo-but-icon

item