Rumah terbuka Aidilfitri GISBH di Putatan, Ahad ini
KOTA KINABALU: Masyarakat pelbagai kaum di sekitar ibu negeri dan Putatan dijemput menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Syarikat GISB Holdin...
KOTA KINABALU: Masyarakat pelbagai kaum di sekitar ibu negeri dan Putatan dijemput menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) cawangan Sabah di Restoran Ikhwan, Putatan, dekat sini, Ahad ini.
![]() | |
Rumah Terbuka Aidilfitri Syarikat GISBH cawangan Sabah akan diadakan di Restoran Ikhwan, Putatan. |
Untuk rekod, syarikat itu menceburi pelbagai sektor perniagaan setakat ini antaranya, pembangunan modal insan, pendidikan, perindustrian, perladangan dan penternakan, perkilangan dan pembangunan, keluarga serta remaja.
Syarikat itu juga mempunyai 5,330 pekerja di setiap rangkaian perniagaan termasuk di luar negara seperti Algeria, Tunisia, Bosnia Herzegovina, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Maghribi, United Kingdom (UK), Jordan, Perancis, Jerman dan Turki.
![]() | |
Restoran Ikhwan, Putatan.- Gambar Ihsan GISBH Sabah |
GISBH memiliki lebih 30 kedai serbaneka, kedai bakeri dan restoran dengan syarikat itu mencuba sebaik mungkin untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah dengan menyediakan pelbagai keperluan terutama kepada masyarakat Islam.